;

dAn DeMi WaKtU

Search This Blog


Friday 9 April 2010

PeNgHaRGaaN BuaT iNSaN BeRgeLaR WaNiTa


ketika ALLAH menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa..
ALLAH membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia..
namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan..

ALLAH memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya..

ALLAH memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah..
dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh..

ALLAH memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan..
bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya..

ALLAH memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya..
melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya..

ALLAH memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya..
tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu..

Dan akhirnya, ALLAH memberinya air mata untuk dititiskan..
dan ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan..

Kau tahu; kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya..
susuk yang ia tampilkan..
atau bagaimana ia menyisir rambutnya..

Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya..
kerana itulah pintu hatinya..
tempat di mana cinta itu ada..

Friday 2 April 2010

PoKoK ePaL

suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar..seorang kanak2 lelaki begitu gemar bermain2 di sekitar pokok epal itu setiap hari..dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas2 hatinya dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut..budak lelaki itu begitu menyayangi tempat permainannya..pokok epal itu juga amat menyukai budak lelaki tersebut..

masa berlalu..

budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja..dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut..namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih..

" marilah bermain2 di sekitarku, " ajak pokok epal tersebut..

" aku bukan lagi kanak2..aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau, " jawab budak remaja itu..

" aku mahukan permainan..aku perlukan wang untuk membelinya, " tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih..

lalu pokok epal itu berkata, " kalau begitu, petiklah epal2 yang ada padaku..jualkannya untuk mendapatkan wang..dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan.."

budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal pada pokok itu dan pergi dari situ..dia tidak kembali lagi selepas itu..pokok epal itu berasa sangat sedih..

masa berlalu..

suatu hari, budak remaja itu kembali..dia semakin dewasa..pokok epal itu berasa sangat gembira..

" marilah bermain2 di sekitarku, " ajak pokok epal itu..

" aku sudah tidak ada masa untuk bermain..aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang..aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluarhaku..bolehkah kau menolongku..? " tanya budak itu..

" maafkan aku..aku tidak ada rumah..tetapi kau boleh memotong dahan2ku yang besar ini dan kau buatkanlah rumah daripadanya.. " pokok epal itu memberikan cadangan..

lalu budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya..pokok epal itu pun tumpang gembira sekali tetapi kemudiannya berasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi..

masa berlalu..

suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu..dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain2 dengan pokok epal itu..dia telah matang dan dewasa..

" marilah bermain2 di sekitarku.. " ajak pokok epal itu..

" maafkan aku..tetapi aku bukan budak lelaki yang suka bermain2 di sekitarmu..aku sudah dewasa..aku mempunyai cita2 untuk belayar..malangnya aku tiada bot..bolehkan kau menolongku..? " tanya lelaki itu..

" aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau..tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot..kau akan dapat belayar dengan gembira.. " cadang pokok epal itu..

lelaki itu berasa sangat gembira dan menebang batang pokok epal tersebut..dia kemudiannya pergi dari situ dan tidak kembali lagi selepas itu..

namun begitu, pada suatu hari..seorang lelaki yang telah dimamah usia, datang menemui pokok epal itu..dia adalah budak lelaki yang pernah bermain2 di sekitar pokok epal itu..

" maafkan aku..aku tidak ada apa2 lagi yang hendak diberikan kepada engkau..aku telah memberi buahku untuk dijual..dahanku untuk dibuatkan rumah..dan batangku untuk dibuatkan bot..aku hanya tinggal tunggul dengan akar yang hampir mati.." kata pokok epal itu dengan nada pilu..

" aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada gigi..aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah terlalu tua untuk memotongnya..aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi..aku berasa penat dan ingin berehat.. " jawab lelaki tua itu..

" jika begitu, berehatlah di perduku.. " cadang pokok epal itu..

lalu lelaki tua itu pun duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat..mereka berdua menangis kegembiraan..

sebenarnya..pokok epal yang dimaksudkan itu ialah ibu bapa kita..tatkala kita masih kanak2, kita sering bermain bersama mereka..apabila kite meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan kehidupan..kita tinggalkan mereka dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita berada dalam kesusahan..namun mereka tetap membantu kita..mereka tetap membantu kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira dalam kehidupan..anda mungkin terfikir bahawa lelaki itu bersikap kejam..tetapi fikirkanlah..itulah hakikatnya bagaimana kebanyakkan anak2 masa kini melayan ibu bapa mereka..hargailah jasa ibu bapa kita..