;

dAn DeMi WaKtU

Search This Blog


Thursday 11 August 2011

~ DALAM SUJUD ~

Dalam Sujud ku bercerita..


Dalam Sujud ku meminta..

Dalam Sujud ku mengadu segalanya..

Dalam Sujud ku mengalirkan airmata..

Dalam Sujud ku menemui ketenangan & kedamaian..

Dalam Sujud ku menemui kebahagiaan yg hakiki..

Dalam Sujud ku Pada-MU ya Rabb...

La ilaha illallah...

Kuatknlah hamba-Mu ini Ya Allah melawan rasa sakit ini...

Friday 9 April 2010

PeNgHaRGaaN BuaT iNSaN BeRgeLaR WaNiTa


ketika ALLAH menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa..
ALLAH membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia..
namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan..

ALLAH memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya..

ALLAH memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah..
dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh..

ALLAH memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan..
bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya..

ALLAH memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya..
melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya..

ALLAH memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya..
tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu..

Dan akhirnya, ALLAH memberinya air mata untuk dititiskan..
dan ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan..

Kau tahu; kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya..
susuk yang ia tampilkan..
atau bagaimana ia menyisir rambutnya..

Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya..
kerana itulah pintu hatinya..
tempat di mana cinta itu ada..

Friday 2 April 2010

PoKoK ePaL

suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar..seorang kanak2 lelaki begitu gemar bermain2 di sekitar pokok epal itu setiap hari..dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas2 hatinya dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut..budak lelaki itu begitu menyayangi tempat permainannya..pokok epal itu juga amat menyukai budak lelaki tersebut..

masa berlalu..

budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja..dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut..namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih..

" marilah bermain2 di sekitarku, " ajak pokok epal tersebut..

" aku bukan lagi kanak2..aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau, " jawab budak remaja itu..

" aku mahukan permainan..aku perlukan wang untuk membelinya, " tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih..

lalu pokok epal itu berkata, " kalau begitu, petiklah epal2 yang ada padaku..jualkannya untuk mendapatkan wang..dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan.."

budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal pada pokok itu dan pergi dari situ..dia tidak kembali lagi selepas itu..pokok epal itu berasa sangat sedih..

masa berlalu..

suatu hari, budak remaja itu kembali..dia semakin dewasa..pokok epal itu berasa sangat gembira..

" marilah bermain2 di sekitarku, " ajak pokok epal itu..

" aku sudah tidak ada masa untuk bermain..aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang..aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluarhaku..bolehkah kau menolongku..? " tanya budak itu..

" maafkan aku..aku tidak ada rumah..tetapi kau boleh memotong dahan2ku yang besar ini dan kau buatkanlah rumah daripadanya.. " pokok epal itu memberikan cadangan..

lalu budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya..pokok epal itu pun tumpang gembira sekali tetapi kemudiannya berasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi..

masa berlalu..

suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu..dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain2 dengan pokok epal itu..dia telah matang dan dewasa..

" marilah bermain2 di sekitarku.. " ajak pokok epal itu..

" maafkan aku..tetapi aku bukan budak lelaki yang suka bermain2 di sekitarmu..aku sudah dewasa..aku mempunyai cita2 untuk belayar..malangnya aku tiada bot..bolehkan kau menolongku..? " tanya lelaki itu..

" aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau..tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot..kau akan dapat belayar dengan gembira.. " cadang pokok epal itu..

lelaki itu berasa sangat gembira dan menebang batang pokok epal tersebut..dia kemudiannya pergi dari situ dan tidak kembali lagi selepas itu..

namun begitu, pada suatu hari..seorang lelaki yang telah dimamah usia, datang menemui pokok epal itu..dia adalah budak lelaki yang pernah bermain2 di sekitar pokok epal itu..

" maafkan aku..aku tidak ada apa2 lagi yang hendak diberikan kepada engkau..aku telah memberi buahku untuk dijual..dahanku untuk dibuatkan rumah..dan batangku untuk dibuatkan bot..aku hanya tinggal tunggul dengan akar yang hampir mati.." kata pokok epal itu dengan nada pilu..

" aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada gigi..aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah terlalu tua untuk memotongnya..aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi..aku berasa penat dan ingin berehat.. " jawab lelaki tua itu..

" jika begitu, berehatlah di perduku.. " cadang pokok epal itu..

lalu lelaki tua itu pun duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat..mereka berdua menangis kegembiraan..

sebenarnya..pokok epal yang dimaksudkan itu ialah ibu bapa kita..tatkala kita masih kanak2, kita sering bermain bersama mereka..apabila kite meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan kehidupan..kita tinggalkan mereka dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita berada dalam kesusahan..namun mereka tetap membantu kita..mereka tetap membantu kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira dalam kehidupan..anda mungkin terfikir bahawa lelaki itu bersikap kejam..tetapi fikirkanlah..itulah hakikatnya bagaimana kebanyakkan anak2 masa kini melayan ibu bapa mereka..hargailah jasa ibu bapa kita..

Thursday 15 October 2009

pesta Muda mUdi

"Malam pesta muda mudi
Bertemasya dan menari
Suka ria dalam hati

Sungguh ramai malam pesta Muda mudi bergembira
Hilang rasa duka

Kita bernyanyi sungguh merdu
Menghibur hatiku
Marilah oh kawan-kawanku
Jangan malu

Malam pesta muda mudi
Banyak kisah yang terjadi
Hilang rasa hampa "

~Kalau di renungkan balik lirik lagu ni mesti teringat cerita p.ramlee "nasib do re mi"...
kelakar je gelagat Mohamood June sbg Pak Meon menari sakan..>>>hahahaha :)



so aku pun ada lah ABADIKAN hari muda mudi aku+kecik+keloi+shaikh time KARNIVAL JOM MASUK U kat bandar bersejarah..


*color yang mewakili rumah sukan kami
aku
+kecik+keloi+shaikh




Sunday 4 October 2009

reTro_reTri dunia KU

salam,
Kat Ofis,atas kerusi....:)

~ dah lame rasenye tak menaip ape2 kat renungan semalam ini..disebabkn kebusy-an yg melanda cm tsunami yg amat dasyat..:)

~ape ye nk dicoret kan dalam entry kali ni..oyee mungkin impian aku ingin dikongsikan..sebenarnye aku minat sangat gan barang2 klassic ni..tak taulah memang jiwa orang lame2 dah sebati dalam jiwa aku ni kot..huhu...Citer pasal barang klassic ni ,aku teringin sangat nk beli kete ala2 MR BEAN gitu kecik+comel..Kalau terpandang je kelibat nye,jawabnye tak berkelip lah mata hitam ku memandang "SIDIA",huhuh..Sampai sekarang aku belum merasa naik,kalau dapat naik+jalan2 jadilah..so, pada sape2 kawan2 yang ada MINI AUSTIN jemput2 aku sekali(ayat simpati)..kekadang tu terfikir jugak aku, nape lah aku tak dilahir kan pada zaman2 60'an..kalau X boleh lah aku dressup 60'an gitu(rambut afro+seluar yengky+baju fitt)..Haahha 60'an2 dah 30 tahun berlalu...

~ ini lah S!DIA yang dimaksudkan

~citer pasal motor pulak,VESPA lah menjadi idaman..dulu time aku study selalu lah jalan2 naik vespa coz kawan aku ramai yang ada vespa..so takde lah heran sangat cume xdapat beli je..dulu pernah jugak kumpul duit nak beli tapi tak sempat nk cukup ada je duit nak pakai..1 lagi mendapat tentangan yang hebat dari mak aku katenye:

~ kapan aku mau memiliki KAMU

MAK: "Angah xyah lah membazir duit beli motor lame tu,membazir je.."

Kawan aku pun ada yang bagi pendapat katenye:

KAWANKU: "Ape lah ko ni,suka sangat gan besi buruk tu..sekarang teknologi dah canggih lah, tak pakai motor cam tu"

*AKU: dengar je pendapat dari mereka yang dekat,so merendahkan peratus semangat aku nak memperjuakan THINKING of RETRO ...

~ mungin lepas ni klu ada duit2 lebih bawah bantal,insyallah KAU MILIK KU

Friday 24 July 2009

~sedekah yang indah


~ Apa yang hendak aku renungkan hari ini?

Mmmm...oye..mungkin tajuk "senyum" yang ingin aku panjang kan..Aku kekadang tu jarang juga senyum,heheh..Bagi aku senyum juga merupakan satu sedekah yang indah..Nampak macam remeh je, tapi itu lah punca segala kebahagian..tapi disebalik senyuman juga ada kedukaannya..so kena lah beringat2,mungkin ketika tiba hari berduka nanti boleh mengimbau kembali ketika hari senyum kita..Disini juga aku ada attach beberape model senyum yang mendapat award dari blog renungan semalam..heheheh...:)

Cuba lihat kambing diatas ni..sweet sangat heheh..Amboi tesenyum2 lebar nampak..mungkin BELIAU tidak tahu satu hari ini mungkin akan disembelihkan.Ketika itu mungkin dia akan teringat masa dia senyum ini...P/S: Ini bukan kambing aku tau!!!!...


~ Cerita pasal Pakci ni pulak,amboi pakcik putih gigi, pakai ubat gigi jenama apa ye..hehe:)
Disebalik wajah yang usang ini mungkin menceritakan 1001 cerita disebaliknya,dialog dah macam pengacara majalah 3 plk..hehehe..Mungkin kita tidak tahu apa yang sedang mencuit hati seorang warga Emas ini, mungkin kejayaan anaknya ataupun dia mendapat satu khabar berita yang mengembirakan..siapa tahu...??

~ Kalau dilihat dari raut wajah Pria diatas ternyata seorang yang agak kelakar,pandai membuat lawak dan mengusik rakan kerja...Agak nya apelah yang di ketawakan oleh pakcik ni ye..mungkin dia happy menjalani hari yang mendatang..Teruskan tersenyum pakcik, saya kat sini terus menyokong dan mengundi kebolehan senyum yang ada pada pakcik, yang mungkin jarang2 sekali dihargai oleh orang lain...:).."JOM SENYUM"

~ Amboi comey nye anak sape lah ni..Name adik sape? heeheh..Ketika kanak2 ni senyum mungkin dia tidak tahu apa ertinye disebalik senyuman sebenarnye..Dan ketika dia mengenal erti kedukaan kelak mungkin gambar ini cukup jelas, bukti bahawa dia pernah mengukir senyuman yang manis sebelum ini. P/S: Rajin2 lah senyum dari kecik mungkin waktu besar nanti muka pun baby face macam adik ni..hehehe..SENYUM SOKMO!!!..

Lihat kucing ini,kalau binatang pun pandai hargai senyuman kurniaan tuhan maka, kita sebagai manusia patutnya malu maka tepuk dada tanya lah selera...Kadang2 dengan gambar seperti ini membuatkan kita terhibur dan menciut hati...TAPI,kalaulah kita sendiri yang senyum..LU PIKIR LAH SENDIRI >assalamualaikum....


Ini lah antara model2 senyum yang dapat aku paparkan..Senyum...Senyum oh Senyum..
Moral dari renungan hari ini "senyum lah..senyum lah aahai cek mek molek..." Takat ini dulu renungan yang dapat aku sampaikan..Renung2kan dan selamat beramal..heheh :)






Thursday 23 July 2009

~hari jumaat

salam:) ...

sbb ari ni,ari jumaat,so.....Kenapa Mati Hari Jumaat?

Ini kisahnya;

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik.

Setiap pesakit yang ditempatkan di situ pasti akan meninggal pada setiap pagi hari Jumaat tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka.

Perkara ini sangat membingungkan para doktor. Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut. Kemungkinan besar makhluk halus ada mendiami tempat tersebut.

Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya beberapa orang doktor bersiap sedia untuk mengenalpasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika itu seorang pesakit lelaki muda sedang tidur.

Beberapa doktor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus.

Masa berputar... pukul 8:00am.. 8:30am sehingga jam 9.00 am...

Tiba-tiba...

Pintu bilik ICU itu terbuka. Kemudian masuklah Makcik Timah, seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari Jumaat.

Makcik Timah masuk... mendekati katil keramat tersebut...dan terus mencabut....

soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan VACUUM CLEANER nya!!!